•   Bahasa Melayu
  •   English
Kursus Pelukis Pelan Senibina
Ditulis oleh admin   
Khamis, 14 Januari 2010 22:21


Objektif

Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang lukisan senibina bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri, kerajaan atau berkerja sendiri.

 

Persijilan

Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diambil.

 

Kelayakan Masuk

Tahap 1 : Memiliki sekurangnya SPM/SPMV.

Tahap 2 : Memiliki SKM Tahap 1.

Tahap 3 : Memiliki SKM Tahap 2.

 

Syarat-syarat Umum

1. Warganegara Malaysia.

2. Belum berkhawin.

3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

4. Berumur diantara 18 - 30 tahun.

5. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan najis dadah.

6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institusi kemahiran kecuali bagi tahap yang berlainan (lebih rendah dri tahap yang dipohon).

 

Prospek Kerjaya

1. Pelukis Pelan Senibina di sektor awam atau swasta.

2. Usahawan dalam bidang berkaitan.

3. Tenaga pengajar di institusi latihan kemahiran.


 

LAST_UPDATED2