•   Bahasa Melayu
  •   English
Kursus Lanskap Binaan
Ditulis oleh admin   
Khamis, 14 Januari 2010 22:20

Objektif
Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang lanskap pembinaan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri lanskap sama ada di jabatan kerajaan, swasta atau membuka perniagaan sendiri.

Persijilan
Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diikuti.

Kelayakan Masuk
Tahap 1 : Memiliki sekurang-kurangnya SPM/SPMV.

Tahap 2 : Memiliki SKM Tahap 1.

Tahap 3 : Memiliki SKM Tahap 2.

Syarat-syarat Umum
1. Warganegara Malaysia.

2. Belum berkhawin.

3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

4. Berumur diantara 18 - 30 tahun.

5. Tiada rekod jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.

6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institusi kemahiran kecuali bagi tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).


Prospek Kerjaya

1. Juruteknik Landskap Pembinaan di sektor awam atau swasta.

2. Usahawan dalam bidang landskap.

3. Tenaga pengajar di institusi latihan kemahiran.

LAST_UPDATED2