|
Penyenggaraan Kenderaan Motor |
|
Ditulis oleh admin
|
|
Khamis, 14 Januari 2010 21:43 |
|
Objektif
Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan kenderaan bermotor bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri automotif sama ada jabatan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
Persijilan
Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya mengikuti an menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap.
Kelayakan Masuk
Tahap 1 — sekurangnya memiliki SPM/SPMV.
Tahap 2 — memiliki SKM Tahap satu dalam bidang yang sama.
Tahap 3 — memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang yang sama.
Syarat-syarat Umum
1. Warganegara Malaysia.
2. Belum berkhawin.
3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggorta.
4. Berumur antara 18 - 30 tahun.
5. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan najis dadah.
6. Belum pernah mengikuti latihan dalam bidang yang sama dari mana-mana institusi kemahiran kecuali bagi tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).
Prospek Kerjaya
1. Juruteknik dalam bidang kenderaan bermotor di industri automotif swasta atau pun kerajaan.
2. Usahawan dalam bidang berkaitan.
3. Tenaga pengajar di institusi kemahiran.
|
|
LAST_UPDATED2 |